dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Khas Seminar Motivasi Pelajar

23 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Februari 2025 bersamaan hari sabtu telah berlangsungnya satu program khas bercorak motivasi kepada para peserta dari NADI Tanjung Piai. Program ini telah berlangsung pada jam 3.00 petang sehingga 4.30 petang melibatkan 13 orang pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Seminar ini memfokuskan kepada kaedah yang boleh diterapkan oleh para pelajar untuk membangkitkan semangat dalam pembelajaran ketika di sekolah.

Seramai empat orang pelajar Tingkatan 4 dan sembilan orang pelajar Tingkatan 5 telah menyertai sesi motivasi ini dalam usaha membakar semangat dalam jiwa masing-masing dalam menempuh dunia SPM. Tenaga pengajar yang terlatih ini memfokuskan kepada bagaimana Kaedah VAK (Visual, Auditory and Kinesthetic) untuk diterapkan dalam jiwa para pelajar di samping membantu untuk meningkatkan prestasi pembelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.